img-banner

Malay Language


What Our Subject is About



Melalui pembelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu, kami dapat membangunkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja berilmu dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu malah mereka mempunyai kemahiran berdwibahasa yang berkesan dan dapat menghargai dan menghayati nilai-nilai murni yang telah mereka pelajari dan menyumbang secara aktif kepada masyarakat, seperti yang terungkap dalam Visi Arif Budiman – seorang pelajar yang berilmu yang menyumbang kepada masyarakat.

 


What We Do To Develop Students' Interest/Abilities



Kami memanfaatkan platform ICT seperti portal SLS dan MS Teams untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu. Pelajar H1ML berpeluang melaksanakan tugasan tentang bahasa dan budaya Melayu. Untuk pelajar H2MLL, kami menawarkan Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) yang mana aktiviti pengayaan dijalankan untuk membolehkan pelajar mendalami aspek bahasa, sastera dan budaya Melayu. Pelajar yang berkebolehan tinggi digalakkan mengambil H3MLL dan mereka berpeluang melengkapkan tugasan dengan bimbingan pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

 

MTL-malay

Pelajar MLEP, Zunnur berkongsi dapatan perbincangan kumpulan bersama Dr Maliki Osman, Menteri Kedua Pendidikan, yang menghadiri kelas MLEP semasa lawatan beliau ke RI pada 16 Okt 2020.

 


Who We Are



Cikgu Mohamad Ali Hanifiah berpengalaman mengajar bahasa, sastera dan budaya Melayu selama lebih daripada 30 tahun. Beliau berpengalaman mengajar pelajar di peringkat maktab rendah dan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Nasional (NIE). Cikgu Abdul Malek Ahmad ialah mantan pelajar RI yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 30 tahun.

 


What Our Students Say



Pelajar-pelajar berhasrat untuk menjadi pelajar yang berilmu dan berkemahiran yang mengejar impian dan aspirasi mereka yang tidak bersempadan, dan pada masa yang sama mengekalkan jati diri sebagai warga Singapura dan menyumbang bakti kepada masyarakat.